WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menzahirkan ucapan simpati kepada mangsa dan keluarga tragedi tembakan di Las Vegas.

Ucapan itu dibuat Trump dalam twitter rasminya.

Setiausaha Rumah Putih, Sarah Sanders memberitahu, pihaknya memantau tragedi yang dahsyat itu.

“Kami memantau situasi dan kami menawarkan sokongan kepada Las Vegas serta pihak berkuasa,” ujar Sanders.

Timbalan Presiden AS, Mike Pence turut menyatakan ucapan simpatinya menerusi laman twitternya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penyelamat yang berada di lokasi.- MalaysiaGazette