KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan dinasihat supaya akur terhadap sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangunkan komuniti India di negara ini.

Presiden Persatuan Aduan Rakyat Malaysia (PAR), Datuk A. Chandrakumanan berkata, pada hakikatnya pembangkang dihantui ketakutan mengenai perkara itu memandangkan segala inisiatif yang dilakukan Perdana Menteri untuk kesejahteraan India memberi kesan positif dan popular.

Katanya, perkembangan pantas ini menyebabkan pembangkang ketandusan idea untuk menyerang kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Yang berhormat (Ahli Parlimen) Kapar, G. Manivannan tidak perlu terkejut apabila PM diiktiraf sebagai ‘bapa’ masyarakat India oleh Presiden MIC.

“Kita boleh melihat pencapaian PM sejak memimpin negara dari tahun 2010 menerusi program berpimpak tinggi dan memberangsangkan yang tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

“Sumbangan berimpak tinggi yang di,aksudkan ialah Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India bertempoh 10 tahun sebagai dasar tetap mencakupi pelbagai aspek utama kemajuan antaranya sosioekonomi daripada Najib dan ini perlu diterima pemimpin Kapar dan rakannya dalam pemmbangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, antaranya ialah Tranformasi Kedai Runcit (Tukar) yang laksanakan kerajaan itu merupakan inisiatif untuk merombak perniagaan kecil agar dapat menarik lebih banyak bisnes diikuti inisiatif-inisiatif lain seperti Amanah Ikthiar dan program Akhiri Zaman MiskinĀ (1Azam).

“Ini adalah rekod prestasi PM. Apakah rekod prestasi pembangkang di dalam membantu masyarakat India setakat ini? Sebelum menyoal kerajaan pusat berani tak senaraikan pencapaian anda kepada masyarakat kaum India di Selangor dan di Pulau Pinag sehingga hari ini?,” soal beliau.

Beliau juga meminta Manivannan menjawab apakah dia berada dalam rombongan Hindraf yang membuat memorandum persefahaman dengan Perdana Menteri.

“Tak payahlah Manivanan cuba mewujudkan isu yang beliau tidak tahu semata-mata untuk gimik politik memandangkan PRU14 semakin dekat.

“Dalam isu Hindraf juga, PM telah memberi peluang kepada Waytha Moorthy untuk mewujudkan satu pelan pembangunan untuk kaum India, tetapi gagal buktikan kewibawaannya sekali gus mengkhianati kepercayaan PM dan juga masyarakat India, YB (Manivannan) perlu terima hakikat Hindraf sudah lama lenyap,” ujarnya.

Chandrakumanan juga mendakwa masyarakat India diperalatkan untuk kepentingan politik PKR dan DAP dan boleh dianggap sebagai satu lagi lakonan politik cuba dimainkan wakil rakyat Kapar itu semata-mata untuk kepentingan politik beliau. – MalaysiaGazette

Comments are closed.