Syed Saddiq Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Kini timbul tanda tanya mengenai ketulenan surat tawaran ijazah sarjana Universiti Oxford yang diterima oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman.

Surat tawaran dari Oxford tersebut kini berlegar dalam media sosial dimana netizen mempersoalkan tarikh surat tersebut dihantar kepada Syed Saddiq.

Seorang pengguna Facebook, Hafizi Harris mendakwa surat tawaran itu bertarikh 17 Mei 2017 dan diterima Syed Saddiq pada 15 Jun 2017 iaitu sebulan kemudian.

Lebih mengelirukan adalah surat tersebut mengkehendaki beliau membalas semula surat tawaran tersebut sebelum 11 Mei 2017.

Bagaimana surat tersebut boleh memiliki dua tarikh yang berbeza, iaitu dikeluarkan pada 17 Mei 2017 dan perlu membalasnya sebelum 11 Mei 2017.

Bukan itu sahaja, surat tawaran itu juga menyatakan Syed Saddiq sepatutnya memulakan pengajian pada 21 September 2017 lalu sehingga 30 September 2018 tapi baru semalam beliau memaklumkan untuk menolak tawaran tersebut.

“Ini bermakna Syed Saddiq telah menangguhkan awal lagi pengajian Oxford ini. Tapi menyibuk buat sidang media pada 2 Oktober 2017,” tulis Hafizi dalam status akaun Facebooknya.

Hafizi juga membidas strategi Syed Saddiq yang mendakwa menerima tawaran RM5 juta sebagai cubaan mengalihkan pandangan mengenai tawaran ke Oxford yang ketulenannya menjadi persoalan.

“Strategi bodoh Syed Saddiq makan diri. Hebat debat tak bererti kau bijak politik!” ujarnya.

Dalam sidang media semalam, Syed Saddiq mendakwa ditawarkan sogokan jutaan ringgit daripada orang kanan seorang menteri.

Tawaran itu termasuk melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford dengan biasiswa sebanyak RM400,000.

Selain itu, turut ditawarkan adalah dana untuk beliau memulakan sekolah debat, yang akan beliau ketuai, di seluruh negara.

Beliau diminta untuk mengadakan sidang media di Hotel Seri Pan Pacific, Kuala Lumpur – betul-betul di sebelah bangunan ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Syed Saddiq pun mengadakan sidang media seperti yang diatur tetapi ‘berpaling tadah’ daripada mereka yang mengumpannya an enggan mengkhianati perjuangannya.

Selain itu, ramai juga netizen mempersoalkan ‘air mata’ Syed Saddiq pada sidang media yang sama. – MalaysiaGazette

Comments are closed.