Home Nasional Golongan muda diminta menderma organ

Golongan muda diminta menderma organ

Dr. Hilmi Yahaya

PUTRAJAYA – Lebih ramai generasi muda diseru tampil sebagai penderma organ kerana setakat ini, seramai 397,476 orang daripada penduduk di negara ini yang menjadi pengikrar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, jumlah itu merupakan 22.2 peratus mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan 10.1 peratus berusia 18 tahun ke atas.

“Tahap kesedaran golongan muda masih rendah dan kita tidak faham kenapa ada orang muda tidak mahu tampil menderma,” katanya ketika ditemui semasa melepaskan peserta ‘Let’s save Lives di sini.

Acara itu bersempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ yang sedang berlangsung.

Antara punca penghalang derma organ adalah kerana beranggapan ia bertentangan dengan agama dan jenazah tidak sempurna.

Sedangkan, katanya, pesakit yang mengalami kegagalan organ boleh diselamatkan melalui rawatan pemindahan organ, sama ada pemindahan semasa hidup atau daripada individu yang meninggal dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast