Home Sukan Sergio Aguero dalam radar AC Milan

Sergio Aguero dalam radar AC Milan

AC Milan akan membuka tawaran baharu untuk khidmat Sergio Aguero menjelang Januari 2018. The Sun

ITALI – Kelab Serie A Itali, AC Milan akan membuat bidaan berjumlah £80 juta untuk Sergio Aguero akhir musim ini.

Kelab gergasi mula mengintai penyerang berbisa Manchester City sejak awal musim ini untuk memperkuatkan pasukan.

AC Milan sedang menunggu untuk Pep Guardiola terlebih dahulu bagi melengkapkan pembelian Alexis Sanchez dari Arsenal.

Sebelum ini Gunners dikatakan telah menerima bidaan £60 juta denga AC Milan, tetapi gagal mencapai rundingan muktamad pada akhir jendela perpindahan pemain Ogos lalu.

Milan juga dikatakan menangguhkan bidaan rasminya ke atas Aguero setelah menyedari hasratnya tidak akan dilayan Pep Guuardiola sehingga Sanchez berhijrah ke Etihad.

Namun kelab Etihad itu bersedia untuk menguji Arsenal dengan tawaran baharu untuk Sanchez pada Januari ini. – MalaysiaGazette