Home Sukan Martial jadi idaman Barca

Martial jadi idaman Barca

Anthony Martial. Foto Skysports.

BARCELONA – Kesukaran Anthony Martial bermain dalam kesebelasan utama di Manchester United menyebabkan Barcelona ingin memujuknya berhijrah ke Nou Camp.

Biarpun beraksi cemerlang sebagai pemain simpanan, Martial tetap berdepan dengan cabaran untuk mendapat tempat di Old Trafford apabila terpaksa bersaing tempat dengan Romelu Lukaku dan Marcus Rashford.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya menjaringkan satu gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat musim ini.

Walaupun menjadi pilihan selepas Rashford, Martial menampilkan aksi cemerlang apabila melakukan lima jaringan dan enam bantuan setakat musim ini.

Kelab gergasi La Liga itu kini dilihat cuba mengambil kesempatan untuk mempengaruhi Martial berhijrah.

Menurut laporan akhbar sukan Sepanyol, Mundo Deportivo, Barcelona sedang memantau pemain kelahiran Perancis itu di Old Trafford.

Laporan itu berkata, kelab itu percaya Martial merupakan pilihan terbaik di Nou Camp.

Ini kerana Barcelona ketika ini kekurangan pilihan untuk pemain sayap kiri yang merupakan posisi kebiasaan buat Martial.

Jose Mouringo pula lebih selesa menggunakan khidmat Martial untuk saingan piala dengan hanya bermula dalam Liga Juara-Juara dan Piala Carabao. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast