Home Politik Francis putar belit kenyataan Ibrahim

Francis putar belit kenyataan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Wira Perkasa mengecam kenyataan Timbalan Pengerusi MCA Sabah, Francis Goh yang didakwa memutar belit kenyataan Datuk Ibrahim Ali.

Ini kerana, Presiden Perkasa itu hanya meminta kaum minoriti Sabah menghentikan tuntutan tidak masuk akal terhadap dasar negara.

Ketua Wira Perkasa, Burhanuddin Ruslan berkata, Ibrahim sedikit pun tidak menyebut perkataan ketuanan Melayu semasa merasmikan persidangan khas Perkasa Parlimen Tuaran.

“Kami ingi bertanya kepada Francis, adakah kamu pandai bercakap bahasa Malaysia dan faham ke bahasa Malaysia.

“Kalau manusia ini tidak pandai dan tidak faham bahasa Malaysia, sememangnya beliau belum layak menjadi warga Malaysia, apatah lagi hendak memberi komen kenyataan Presiden Perkasa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam persidangan itu, Ibrahim dilaporkan berkata, kaum minoriti di Sabah perlu menghentikan membuat tuntutan yang tidak masuk akal terhadap dasar negara termasuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Bagaimanapun, Francis dalam kenyataannya menyelar Ibrahim dengan menyatakan tiada ruang untuk ketuanan Melayu di Sabah.

Burhanuddin berkata, Francis sengaja meraih populariti dan undi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hampir dengan membuat kenyataan-kenyataan seumpama itu.

Beliau juga turut mempersoalkan siapa Francis untuk meramalkan masa depan apabila menyatakan Sabah lebih sejahtera jika tidak menyertai Malaysa.

Jelasnya, Francis perlu sedar apabila Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia, negeri itu tidak terkecuali dan perlu menghormati dasar-dasar kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast