Manchester City bersedia menawarkan wang rekod dunia untuk mendapatan Superstar Barcelona Lionel Messi menjelang Januari 2018. The Sun

SEPANYOL – Manchester City dilaporkan menyediakan bidaan rekod dunia £357 juta (RM1.9 bilion) menjelang Januari ini untuk membeli superstar Barcelona, Lionel Messi.

Akhbar Sepanyol AS mendakwa Pep Guardiola bersedia untuk disatukan dengan bekas anak muridnya di Etihad musim sejuk ini.

Situasi Messi yang masih belum berunding mengenai pembaharuan kontrak di Nou Camp dikatakan akan membantu Man City membawa pemain itu ke Liga Perdana Inggeris.

Bidaan City kali ini dijangka memintas pembelian Neymar £195 juta musim lalu oleh Paris Saint-Germain.

Messi boleh meninggalkan Barcelona secara percuma apabila kontraknya tamat pada akhir musim ini.

Pengurus Barcelona begitu yakin pemain berusia 30 tahun itu akan kekal bersama Catalan selepas Andres Iniesta bersetuju dengan tawaran sepanjang hayat.

Namun AS mendakwa sumber terdekat Man City telah mengadakan rundingan serius dengan Messi.

City mempunyai kuasa kewangan yang besar untuk mendapatkan Messi.

Pun begitu satu lagi laporan di Sepanyol mendakwa bahawa Messi gembira di skuad Barcelona dan pindahan yang dikaitkan dengan Liga Perdana Inggeris tidak mungkin berlaku.

Malah isteri pemain itu juga difahamkan tidak berhasrat berhijrah lagi dari Sepanyol.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast