Home Ekonomi Tesla pecat pekerja

Tesla pecat pekerja

SAN FRANCISCO – Pembuat kenderaan mewah mewah Tesla Inc. memberhentikan kira-kira 400 pekerja minggu ini, termasuk sekutu-sekutu, ketua pasukan dan penyelia, kata bekas pekerja firma itu.

Pemecatan itu adalah hasil kajian tahunan seluruh syarikat, kata Tesla dalam kenyataan yang diemel tanpa mengesahkan bilangan pekerja yang diberhentikan.

Walaupun Tesla memetik prestasi sebagai alasan pemecatan itu, sumber memberitahu beliau dipecat walaupun tidak pernah diberi penilaian buruk.

Syarikat yang berpangkalan di Palo Alto, California itu berkata, pada awal bulan “halangan pengeluaran” telah menjejaskan Tesla di sebalik rancangannya untuk mengeluarkan kereta sedan Model 3 dalam pasaran.

Firma itu telah menghasilkan 220 Model 3 dan mengeluarkan 260 buah pada suku ketiga,

Ia memulakan pengeluaran model itu pada Julai lalu pada harga AS$35,000 – separuh daripada harga permulaan Model S. – MalaysiaGazette