Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada Ahad lalu mengariskan kempen anti rasuah sebagai manifesto penting bagi Pakatan Harapan (PH) dalam misi menangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang.

Menurut Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia sebagai langkah pertama PH dalam 100 hari pentadbiran sekiranya memenangi PRU-14.

Tidak sampai sehari, Mahathir hari ini mengakui langkah memerangi rasuah di negara ini tidak akan diselesaikan 100 peratus sekiranya PH berjaya memerintah Putrajaya pada PRU-14 kelak.

Bekas perdana menteri itu berkata, ketirisan dalam pelaksanaan dasar-dasar yang akan dilaksanakan PH di Putrajaya tidak dapat dielakkan sekiranya individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri tidak amanah.

“Kita mungkin akan dapat kejayaan (memerangi rasuah) tetapi tidak seratus peratus. Akan berlaku juga kecurangan dalam pelaksanaan.

“Umpamanya kita melantik seorang Perdana Menteri kearah kemajuan, tetapi kalau Perdana Menteri itu mencuri wang.

“Itu bukan diperuntukan dalam dasar kita. Dia melanggar dasar,” katanya dalam Sesi Soal Jawab LIVE BICARA WAWASAN 2020 bertajuk Agenda Perangi Rasuah Pasca PRU-14 Menuju 2020 ang diadakan secara langsung dalam Facebook beliau hari ini.

Mahathir pada himpunan Ahad lalu mengumumkan bahawa PH nekad menjadikan Malaysia diantara sepuluh negara paling bersih rasuah di dunia menjelang tahun 2030.

Malah, PH turut menyenaraikan lima pelaksanaan penting dalam 100 hari selepas gabungan itu memenangi PRU-14.

Antaranya menangkap Malaysia Official 1 (MO1), menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap penyelewengan wang rakyat, menubuhkan sebuah badan bebas yang akan berusaha mengembalikan aset rakyat yang telah dicuri. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.