Home Nasional Tiada pendaftaran E-Card bagi PATI di Sabah

Tiada pendaftaran E-Card bagi PATI di Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen tidak menjalankan sebarang pengurusan dan pengendalian pendaftaran Enforcement Card (E-Kad) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.

Jabatan Imigresen Sabah dalam kenyataannya berkata, jabatan itu juga tidak ada melantik atau bekerjasama dengan mana-mana pihak sebagai ejen melaksanakan program E-Kad di Sabah.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan terus berhubung dan melaporkan di Pejabat Imigresen sekiranya ada pihak mengendalikan program seumpama itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast