Kevin Warsh (kiri) dan Jerome Powell (kanan)

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mempunyai lima calon untuk dipilih sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan dan kemungkinan akan mengumumkan calonnya sebelum memulakan lawatannya ke Asia pada awal November ini.

Trump dijadual temubual Janet Yellen, pengerusi Rizab Persekutuan pada Khamis ini. Beliau adalah salah seorang enam calon yang telah disenarai pendek.

Yellen bakal menamatkan tempohnya sebagai pemimpin Bank Pusat Amerika Syarikat pada bulan Februari ini.

Calon-calon lain iakah Penasihat Ketua Ekonomi Trump, Gary Cohn dan bekas gabenor Kevin Warsh dan Jerome Powell dan Ekonomis Universiti Stanford, John Taylor.

Dalam tinjauan Reuters dalam kalangan 40 ahli ekonomi menjangkakan Powell – seorang peguam dan bekas bank pelaburan yang telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan sejak Mei 2012 – mempunyai peluang yang besar.

Warsh, juga pernah berkhidmat sebagai Gabenor Rizab Persekutuan semasa krisis kewangan juga mempunyai potensi yang sama. – MalaysiaGazette