Pelakon, Farahdhiya (tiga kanan) membawa watak utama sebagai Tun Fatimah bersama barisan pelakon lain dalam pementasan teater berjudul Bahara Emas anjuran SPRM, DBP dan ASWARA sempena sambutan 50 tahun SPRM pada Majlis Pelancaran di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 09 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Teater sulung anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertajuk ‘Bahara Emas’ yang memuatkan mesej antirasuah dipentaskan untuk kali pertama di hadapan lebih 200 penonton di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini malam ini.

Tayangan sehingga 22 Okt ini berkisar tentang kisah pada era pemerintahan Sultan Melaka kelapan Sultan Mahmud Syah, yang menampilkan elemen seperti rasuah, hasad dengki dan fitnah yang berlaku pada zaman itu.

Teater arahan Dekan Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Rosminah Tahir berdurasi kira-kira dua jam itu membariskan hampir 50 pelakon antaranya Datuk Jalaluddin Hassan, Esma Daniel, Farahdhiya, Nor Zizi Zulkifli, Izzue Islam dan Mubarak Majid.

Penerbitnya Siti Rohayah Attan berharap pementasan itu mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan ia membawa mesej bermanfaat ke arah melahirkan masyarakat tanpa rasuah di negara ini.

“Saya harap teater ini dapat dipentaskan di lokasi berprestij seperti Istana Budaya yang mampu memuatkan lebih ramai penonton,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast