Reaksi ceria Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika bersalaman dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (kiri) ketika menghadiri Seminar Wanita Dan Pembangunan : Merapatkan Jurang anjuran Commonwealth Women Parliamentrians (CMO) di Parlimen Malaysia. foto SAFWAN MANSOR, 07 APRIL 2017

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memanjatkan kesyukuran kerana tidak lagi disenaraikan sebagai calon mewakili partinya – PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau membalas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor, dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Nik amar Nik Abdullah yang tidak akan mencalonkan beliau kerana kecenderungannya memberikan sokongan terhadap pembangkang.

“Saya sujud syukur kerana tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada PRU-14. Jika dicalonkan semula pun pasti saya tolak.

“Ini kerana, kalau saya terus jadi calon Pas, bermakna saya akan mengkhianati rakyat,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Terdahulu, PAS membuat pendirian tidak akan mencalonkan Mahfuz yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena dalam PRU-14.

Bekas Naib Presiden Pas itu juga diminta keluar meninggalkan parti kerana tindakannya yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Pakatan Harapan yang didalangi DAP.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya telah mempunyai calon bagi menggantikan Mahfuz.-MalaysiaGazette

Pas tak akan calonkan Mahfuz

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.