Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bersama Timbalan Presiden Pakatan HARAPAN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan bergambar bersama buku Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 pada sidang media pembentangan bajet oleh pihak Pakatan Harapan di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 OKTOBER 2017.

KUALA LUMPUR – Meskipun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) didakwa menyalahgunakan dana kerajaan tetapi dalam Belanjawan Alternatif 2018, Pakatan Harapan (PH) berpendirian akan mengekalkan bantuan itu dengan bayaran dan kategori penerima yang sama.

Dalam belanjawan itu, PH mengakui BR1M memberi manfaat kepada mereka yang paling memerlukan dan mahu meningkatkan produktiviti dan nilai diri penerima bantuan tersebut.

Katanya, daripada menjadikan BR1M sebagai pemberian langsung, ia akan dikenakan secara bersyarat.

Sebagai contoh, mengagihkan pembayaran tertentu BR1M kepada penerima-penerima yang bekerja dengan syarat mereka bekerja tetap selama sekurang-kurangnya tiga bulan, kecuali pesara dan mereka yang tidak berkeupayaan.

Syarat lain ialah sekiranya keluarga menerima RM1,200, ketua keluarga tidak boleh dibenarkan menggunaan wang untuk membeli barang-barang remeh dan tidak sihat seperti rokok dan alkohol tetapi makanan, menjelaskan utiliti dan tujuan pendidikan.

“Ini mungkin memerlukan kami bekerjasama dengan penjual makanan dan pasar raya besar, syarikat utiliti dan kedai buku,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.