Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas Penyelenggaraan Kecil Tahun 2017 kepada SJKT Seluruh Malaysia di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 25 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam bersedia untuk berbincang dengan mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) berhubung isu berkaitan PRU-14.

Katanya, ia merupakan usaha berterusan untuk memastikan segala proses rundingan dengan parti dalam BN berjalan lancar mengikut konsensus BN tidak berdepan masalah.

“Tetapi, bagi kerusi parlimen Cameron Highlands, saya sudah menyatakan pendirian parti dan saya kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) selaku Pengerusi BN.

“Terpulang kepada PM untuk menentukan calonnya. Saya yakin PM akan membuat pilihan calon terbaik dan parti yang boleh bertanding di kerusi tradisi MIC itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas berjumpa beliau berkenaan pertikaian kerusi Cameron Highlands baru-baru ini.

Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Mengenai harapan Bajet 2018 untuk masyarakat India, Subramaniam berharap ada beberapa peruntukan baharu daripada Perdana Menteri pada Jumaat Ini.

Katanya, pelancaran Pelan Induk Pembangunan masyarakat India pada 23 April 2017 oleh Najib dan sistem Petunjuk Prestasi Utama untuk pelaksanaannya memastikan MIC memerlukan peruntukan baharu.

“Kita disebabkan blueprint dan KPI untuk tempoh 10 tahun, saya ada menuntut peruntukan baharu dana lebih untuk pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan India ini.

“Pelan bertempoh 10 tahun ini mencakupi pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan dan keterangkuman program lain yang beteras tinggi dikemukakan untuk dicapai,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.