Menurut Lim Guan Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Menurut Lim Guang Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

KUALA LUMPUR – Para pemimpin pembangkang cemas semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Bajet 2018 di Parlimen hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata, peluang Pakatan Harapan untuk menang besar Pilihan Raya Umum  (PRU) masih ada memandangkan tiada pemansuhan GST sepenuhnya pada Bajet 2018.

“Semua rakyat harapkan GST dimansuhkan, tetapi itu tak jadi, sebaliknya GST diserap untuk PBT sahaja.

“Ini tak adil, sebenarnya pengecualian GST patut dibuat untuk semua projek jalan kerajaan negeri, penjaja, dewan, pasar kompleks penjaja.

“Ini jelas Bajet PRU14, jika takde GST mereka takde sumber untuk menjana pendapatan negara,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2018 hari ini.

Guan Eng yang tanya sama ada pemansuhan kutipan tol, pemberian insentif untuk Felda dan wanita bersalin akan menjejaskan peluang pembangkang menang PRU14 berkata, ia merupakan sebahagian strategi memancing undi.

“Tetapi saya rasa peluang kami menakhluk Putrajaya ranap sekiranya GST dihapuskan sepenuhnya dalam bajet hari ini tetapi ia tidak berlaku.

“Peluang masih wujud untuk kami, ia bukan game over untuk kami, game is still on,” katanya.

Malah katanya, dirinya kecewa tol terawal di negara ini Jambatan Pulau Pinang tidak ditutup sedangkan tol di Batu Tiga, Shah Alam, Johor dan Bukit Kayu Hitam ditutup. – Malaysia Gazette