Mesut Ozil

LONDON – Bintang Arsenal mengakui dia tidak berpuas hati dengan taktik formasi permainan yang digunapakai Arsene Wenger.

Katanya, dia dipaksa menerima keputusan pengurus the Gunners itu yang meletakkannnya di luar posisi sebenar sebagai pemain sayap.

“Sejak Wenger mengubah formasi kepada 3-4-3, saya tidak diberi peluang beraksi di posisi kegemaran saya, bekalang penyerang.” katanya.

Kontrak Ozil bersama Arsenal akan tamat penghujung musim ini dan tiada petanda penyambungan kontrak dari kelab itu.

Kini pemain itu dikaitkan dengan penghijrahan ke kelab elit dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United pada Januari depan.

Bekas bintang Real Madrid itu menampil aksi terbaik dalam perlawanan Sabtu lalu apabila pasukannya menewaskan Everton 5-2 di Goodison Park. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast