Thomas Meunier

PARIS – Tiga kelab gergasi bola sepak Eropah kini memburu khidmat pemain pertahanan Paris Saint Germain, Thomas Meunier.

Manchester United merupakan salah satu daripada kelab yang sedang memantau pemain antarabangsa Belgium itu.

Dua lagi kelab yang mahu mencuba nasib ialah juara berganda Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid dan juara Serie A Itali, Juventus.

Bagi Pengurusnya, Jose Mourinho khidmat Meunier sangat diperlukan untuk memperkuatkan pertahanan pasukan itu menjelang Januari ini.

Bek pertahanan kanan menjadi kritikan penyokong itu walaupun setakat ini hanya bolos empat gol sahaja selepas mengharungi 10 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris.

Mourinho yakin dapat memujuk dan memuktamadkan perpindahan Meunier ke Theare of Dreams menjelang jendela perpindahan musim sejuk Januari 2018.

PSG yang kini berdepan peraturan pematuhan perbelanjaan atau Financial Fair Play selepas menurunkan bintang Brazil, Neymar dengan rekod dunia lebih 200 juta pound. – Agensi