logo plus

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah merancang untuk melupuskan pegangannya dalam PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kepada Maju Holdings kerana langkah itu mewujudkan risiko dan ketidaktentuan.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan menyambut baik sebarang pengambilalihan tetapi ia mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebarang pengambilalihan mesti praktikal supaya ia tidak seperti Perwaja,” kata Kementerian Kesihatan dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) bertarikh 26 Oktober lalu.

Pengambilalihan perlu memenuhi keperluan kerajaan termasuk keupayaan jangka panjang operasi dan kewangan syarikat terlibat.

Berhubung pengambilalihan PLUS, Kementerian Kewangan berkata, syarikat yang berminat mesti menunjukkan sumber kewanagan kukuh dan jelas bagi memastikan keupayaan operasi dalam keadaan kejutan ekonomi dan kemeruapan pertukaran wang asing.

Ia penting supaya kerajaan tidak perlu menyelamatkan PLUS jika ada kejadian tidak diingini berlaku

“Kerajaan memandang serius kedudukan kewangan dan keupayaan entiti swasta seperti Maju Holdings dalam tawaran pengambilalihannya,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed mengumumkan hasratnya untuk memiliki kepentingan PLUS dengan jaminan tidak ada kenaikan tol bagi tempoh 20 tahun.

Bagaimanapun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Berhad yang memiliki PLU mengulangi pendirian tidak berniat untuk menjual kepentingan syarikat konsesi lebuh raya itu. – MalaysiaGazette