Jerome Powell

WASHINGTON – Donald Trump dipercayai memilih Jerome Powell sebagai peneraju Rizab Persekutuan yang baharu bagi menggantikan Janet Yellen.

Powell adalah Gabenor Rizab Persekutuan sejak tahun 201

Dengan memilih Powell, Trump akan mendapat kombinasi perubahan kepimpinan dan kesinambungan daripada individu yang menjadi sebahagian daripada Rizab Persekutuan.

Beliau juga telah bersama Yellen dalam mengekalkan ekonomi dan pasaran dengan mantap.

Powell, 64, telah menyokong arahan umum Yellen dalam menetapkan dasar monetari.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Powell telah berkongsi kebimbangannya tentang inflasi lemah dan membenarkan pendekatan berhati-hati untuk membuat keputusan menaikkan kadar faedah.

“Powell tidak pernah menyinggung perasaan orang dan itulah kelebihan besar di Washington. Beliau boleh melalui pengesahan Senat, “kata John Silva, ketua ahli ekonomi di Wells Fargo.

Pencabar utama Powell adalah ahli ekonomi Stanford University, John Taylor, yang paling disukai oleh Republikan kerana percaya dasar monetari terlalu longgar di bawah Yellen.

Beliau mahu bank pusat bergantung pada peraturan ketika menetapkan kadar faedah.

Para pengkritik pula mendakwa pemilihan Taylor akan mengundang risiko kepada polisi monetari dan menjejaskan pemulihan krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada 2007 hingga 2009.

Pengumuman dijangka diumumkan pada 2 November ini.- MalaysiaGazette