Mat Nadzari Ahmad Dahlan

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor telah mengemukakan lima usul ke Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibahaskan pada sidang DUN yang bermula esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, usul itu telah dihantar dan sudah pun diterima Pejabat Speaker.

Katanya, usul itu menyentuh mengenai Ikrar Bebas Rasuah (IBR), institusi Mahkamah Syariah Negeri Selangor, mengembalikan semula peranan asal penubuhan Yayasan Selangor, mengenai lesen pusat hiburan keluarga dan program Oktoberfest.

Lima itu itu, kata beliau, akan dibawa oleh ADUN Sungai Burong, Datuk Samsudin Lias; ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak; ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukor Idros; ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro; dan ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif.

“Pada kali ini, kami ADUN-ADUN BN telah sepakat dan akan mengemukakan lima usul untuk dibahas pada sidang DUN kali ini,” katanya dalam kenyataan kepada media di Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam, hari ini.

Menurut beliau, lima usul yang akan dibahaskan itu membuktikan keprihatinan BN dan UMNO Selangor untuk mendesak kerajaan negeri agar mendengar suara dan denyut nadi rakyat.

“Kami ingin mendesak kerajaan negeri supaya mengambil langkah yang proaktif dan segera bagi menyelesaikan isu-isu itu.

“Kami tidak mahu Speaker menolak mentah-mentah usul kami ini untuk dibahaskan bagi kepentingan rakyat Selangor,” katanya.

Esok DUN Selangor akan bersidang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan membentangkan Belanjawan 2018 Negeri Selangor pada jam 3 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.