KUALA LUMPUR – Ramai netizen mengecam status Ketua Pemuda Pas Kawasan Pengkalan Chepa yang mempersoalkan aktiviti Datuk Seri Mustapa Mohamed berjumpa dan bertemu rakyat di kawasan Parlimen Jeli.
Mereka menyifatkan status Mohd Ariff Abdullah yang dimuatnaik dalam laman sosial Facebooknya semalam, sebagai mencari publisiti murahan.
Seorang netizen, Zul Kefli Abu Hassan ketika meninggalkan ulasan di ruang komen akaun Facebook itu berkata, Ketua Pemuda Pas itu telah memfitnah Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli.
Katanya, sikap bodoh Mohd Ariff itu jelas menunjukkan beliau selaku pemimpin peringkat akar umbi Pas di Kelantan langsung tidak mengambil tahu perkembangan semasa politik di negeri itu, terutama aktiviti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Kuat fitnah Mohd Ariff. Tok Pa (panggilan singkat Mustapa) selain Ahli Parlimen, dia juga menteri. Walaupun dia tugasnya banyak di Kuala Lumpur, dia tetap balik ke kawasan di Jeli setiap minggu.
“Jangan bandingkan Tok Pa dengan wakil rakyat Pas yang tidak buat kerja, makan gaji buta. Awak (Mohd Ariff) ni terlalu baru dalam politik. Tidak tahu apa-apa perkembangan,” katanya.
Semalam, Mohd Ariff memuatnaik status dalam dialek Kelantan, “Tak lama dah tu puok kita, nak ngundi dah ni. Sikit lagi turun dalam lubang kubur pulok tu. Jarang-jarang balik Jeli, molek jugak la naik teksi, rakyat lama dah xjupo Dato’. Perlakuan sebegini akan kerap kita tengok menjelang PRU 14 ini. Lima tahun sekali, rakyat Jeli bolehla jumpa tok wakil demo dalam 3-4 bulan ni secara kerap, mungkin setiap minggu boleh nampak kelibat dia selepas ini”.
Selepas status itu dipaparkan, ia terus menjadi tular dan kebanyakan netizen yang membacanya mengecam serta mengkritikan Ketua Pemuda Pas Kawasan Pengkalan Chepa itu.
“Semalam dan hari ini nampaknya ramai sahabat-sahabat yang menulis menafikan dan ada yang marah engan ‘posting’ fitnah jahat Ketua Pemuda Pas Pengkalan Chepa yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan ini terhadap keperibadian Tok Pa, Menteri MITI dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan,” kata netizen, Nawawi Mahmood.
Tulisnya lagi, “nasihat ambo, jangan la kata apa-apa kat (pada) adik Ariff tu. Kalau ambo ada dekat dia, ambo akan kata: ‘Innalillahi wainna ilaihirajiun’.. kesiannn, muda2 lagi dah kena Alzheimer. Berat ujian hidup dia…”
Menjawab komen netizen, Mohd Ariff memberitahu, “mertuanya ambo orang Jeli. Sebeum ini, katanya, tiga hingga empat minggu sekali (Tok Pa) balik Jeli. Bulan ni memang balik sokmo (selalu).
Jawapannya itu menimbulkan tidak puas hati netizen dengan menjelaskan, “jangan dok (buat) fitnah Tok Pa la..aku hok (yang) mengaji (belajar) di Jeli pun jumpa selalu dengan Tok Pa. Budak luar pun tau Tok Pa ni YB yang rajin.
“Kata puak Pas ni Islam? Ini fitnah bodoh begini bila nak minta maaf (dengan Tok Pa)” tanya Siddiq Hafiz.
Netizen pro Pas bernama Amar Yasir meninggalkan komen: Dalam politik matang, kita kena akui dan lihat sebenarnya Tok Pa memang turun bersama rakyat. Hari Sabtu dan Ahad dikhususkan bersama rakyatnya di Parlimen Jeli dan dilokasi di Kelantan. Buktinya, kita lihat Facebook beliau.
Komennya lagi, walaupun dia (Tok Pa) adalah lawan kita (Pas), kita perlu melihat dari sudut positif. Yang penting kita perlu gerakkan YB-YB kita…kita nak suruh Pas dirindui rakyat dan diundi rakyat. Yang kita takut, YB kita syok sendiri.
Mohd Ariff menjawab kritikan negatif netizen dengan berkata, mengikut maklumat dari orang kampung di Jeli, dua tiga bulan ini saja (Tok Pa) rancak (buat) aktiviti turun ke padang. Sebelum ini, tiga hingga empat minggu sekali balik Jeli.
“Setahu saya, YB Pas yang ada di Kelantan ini telah turun padang sejak dari dulu lagi, cuma tidaklah sampai naik teksi,” katanya merujuk gambar Mustapa menaiki sebuah teksi dan program bertemu rakyat di Jeli baru-baru ini. – MalaysiaGazette
kereta mewah kena tinggal kat rumah nanti rakyat cemburu pulak . gaji dan elaun menteri lima puluh ribu sebulan . sepuluh tahun gaji rakyat baru sebulan gaji Menteri