Raja Petra Kamarudin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah mengambil keterangan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Kenyataan itu direkodkan berkaitan satu laporan polis oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap Raja Petra mengenai dakwaan rasuah dalam blognya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiga pegawai dari Bukit Aman berlepas ke United Kingdom (UK) untuk mengambil keterangan penulis blog itu pada Rabu lalu.

Pada 22 Oktober lalu, Mohamed Apandi membuat laporan polis ke atas Raja Petra kerana tuduhan jenayah berhubung dua artikel yang mendakwa Peguam Negara itu menerima rasuah.

Artikel itu melibatkan pelbagai tuduhan mengenai rasuah yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Mohamed Apandi.

Raja Petra turut menulis mengenai kononnya satu pertemuan pada 2015 antara hakim-hakim kanan dan seorang ahli politik mengenai dakwaan untuk menjatuhkan kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. RPK bukan buat dalam malaysia pun .apa kena mengena nya pulak. macam j low kan . kalau bolih ambil tindakan pada Rpk bolih lah juga pada jo low

Comments are closed.