MANILA – Dua banduan maut dan sekurang-kurangnya 10 lagi cedera selepas rusuhan berlaku di penjara yang penuh sesak di Filipina disebabkan tumpahan air.
Pegawai penjara di Quezon City di berkata, tumpahan itu menyebabkan dua kumpulan banduan saling menyerang dengan membaling kerusi dan batu.
Penjara itu yang dibina untuk kapasiti 800 orang kini mempunyai 3,400 orang banduan.
Peningkatan banduan itu disebabkan perang dadah oleh Presiden Rodrigo Duterte.
Pegawai penjara memaklumkan keganasan itu bermula apabila anggota satu kumpulan membawa seorang tahanan ke klinik kesihatan penjara kerana mengalami kekejangan.
Dalam keadaan tergesa-gesa itu, mereka tertendang sebotol air dan terkena kepada banduan-banduan kumpulan lain yang sedang tidur.
Keadaan huru-hara itu menyebabkan seorang banduan yang bergaduh terbunuh. Malah, banduan yang mengalami kekejang turut mati.
Penjara itu yang diumpama macam tin sardin dan banduan terpaksa bergilir tidur di ruang terbuka termasuk di tangga atau gelanggang bola keranjang.
Human Rights Watch menyatakan penjara itu seperti neraka. – MalaysiaGazette