Reaksi kecewa pemain pasukan Kedah selepas tewas ke atas pasukan Johor DT 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 antara Johor DT menentang Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 04 NOVEMBER 2017.

SHAH ALAM – Kapten pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari kecewa apabila pasukanya gagal mempertahankan Piala Malaysia yang dimenanginya musim lalu.

Ia merupakan saat yang tidak akan dapat dilupakan.

“Malam ini kami kalah lagi seperti pada tahun 2015 dan apapun saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan pasukan dan kejurulatihan serta pemain yang sangat komited musim ini.

“Bukannya mudah untuk sampai ke tahap final, cuma sedih tidak berjaya mempetahankan piala itu.

“Yang pasti ia tidak akan terhenti di sini sahaja. Kami akan bangkit tahun depan untuk kembali ke final dan merampas gelaran itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Stadium Shah Alam selepas perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim malam tadi.

Kedah yang merupakan juara Piala FA musim ini tewas 0-2 di tangan JDT.

Walaupun tewas, Khairul Hilmi tetap berpuas hati dengan tahap persembahan pasukannya malam tadi.

“Tahun depan saya tak pasti pemain mana yang akan kekal atau tinggalkan kelab, kalau ada rezeki kami kekal bersama lagi, kami akan bekerja lebih keras untuk maju pada musim 2018,” katanya. – Malaysia Gazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast