TEXAS – Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 26 orang dan mencederakan 20 orang lain di sebuah gereja di tenggara Texas.
Kejadian itu berlaku di Gereja di Sutherland Springs di Wilson County, kira-kira 40 batu dari Timur San Antonio.
Suspek tunggal dikatakan mengenakan pakaian hitam, memasuki bangunan dan kemudian melepaskan tembakan, menurut kenyataan Jabatan Keselamatan Umum Texas.
Selepas itu suspek melarikan diri dengan sebuah kenderaan tetapi ditemui mati di Guadalupe County.
Kematian lelaki bersenjata itu masih disiasat.
Identiti atau motif suspek masih tidak didedahkan oleh pihak berkuasa. Tetapi pegawai penguatkuasa undang-undang dilaporkan berkata, lelaki bersenjata itu berusia 26 tahun.
Beberapa saksi memberitahu, mereka terdengar kira-kira 20 tembakan pada pukul 11.30 pagi (1730GMT).
Setakat ini tidak jelas berapa jumlah orang yang berada dalam gereja ketika tembakan berlaku. – MalaysiaGazette