Jalan-jalan raya dinaiki air di tengah Vietnam selepas dilanda Taufan Damrey.

DANANG – Jumlah korban akibat Taufan Damrey di Vietnam mencecah 49 orang dan 27 lagi masih hilang.

Jawatankuasa Pemandu Pencegahan Bencana berkata, kebanyakan mangsa yang maut di wilayah Hoa berhampiran bandar Nha Trang.

Taufan Damrey yang melanda Vietnam Sabtu lalu telah menyebabkan 2,000 kediaman runtuh dan 80,000 lagi mengalami kerosakan.

Jalan-jalan turut dinaiki air hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, pihak kuasa mula melakukan kerja-kerja pembersihan di tengah Vietnam bagi persiapan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Walaupun masih hujan, mesyuarat pemimpin APEC itu masih diteruskan.

Danang akan menyaksikan kedatangan Presiden Donald Trump; Presiden China, XI Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin. – MalaysiaGazette