Andrea Pirlo

NEW YORK – Bekas pemain tengah Itali, Andrea Pirlo mengumumkan persaraannya daripada bola sepak selepas perlawanan terakhir untuk New York City.

Pengumuman itu dibuat di laman Twitternya. Pirlo berusia 38 tahun.

“Bukan sahaja perjalanan saya di New York akan berakhir, tapi sebagai pemain bola sepak juga,” katanya.

Pirlo turut berterima kasih kepada setiap pasukan yang pernah diwakilinya dan juga semua rakan pasukan.

Bintang legenda itu telah memenangi 116 perlawanan untuk Itali dan membantu negara itu memenangi Piala Dunia 2006.

Pirlo memulakan langkahnya dalam bola sepak di Brescia dan juga pernah bermain untuk Inter, AC Milan dan Juventus sebelum menyertai Major League Soccer dua tahun lalu.

Juventus menyifatkan Pirlo sebagai seorang yang benar-benar genius.

Sementara itu, pengurus New York City, Vieira berkata, Pirlo telah mengubah bola sepak buat selama-lamanya.

Selain membantu Azzuri menjadi juara dunia, Pirlo juga meraih pelbagai penghormatan sepanjang 22 tahun penglibatannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast