JAKARTA – Akibat enggan diceraikan, seorang doktor, Dr. Lety Sultri mati ditembak oleh suaminya sendiri, Dr. Helmi di sebuah pusat perubatan, Klinik Az-Zahra Medical Centre, Jakarta Timur semalam.

Lelaki itu dikatakan nekad untuk membunuh Lety yang sudah dinikahinya selama lima tahun kerana tidak mahu diceraikan.

Menurut laporan berita Kompas.com, Dr. Lety sering didera oleh suaminya sehingga menyebabkan mangsa nekad untuk mengakhiri rumah tangga mereka.

“Suspek dipercayai menembak isterinya kerana tidak mahu diceraikan,” kata Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Andry Wibowo.

Dr. Lety katanya pernah membuat laporan kekasaran yang dilakukan suaminya itu kepada pihak berwajib bagaimanapun telah menarik laporan berkenaan.

Dr. Helmi juga dikatakan pernah mengancam untuk membunuh pakar kecantikan itu sekiranya diceraikan dan beliau juga didakwa pernah memperkosa seorang petugas di sebuah klinik di Jakarta Timur sebelum ini.

Tiada laporan dibuat oleh mangsa menyebabkan Dr. Helmi masih bebas.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang waktu tempatan semalam, Dr. Helmi datang ke klinik Az-Zahra tempat Dr. Lety bertugas sebelum pertikaman lidah berlaku.

Dr. Lety kemudiannya ditembak oleh Helmi apabila pergaduhan semakin serius.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. inilah nama nya cinta sejati ingin mati dihujung kuku ingin berkubur ditapak tangan .dendangan itu jadi kenyataan

Comments are closed.