Jepun bersedia menyuntik dana untuk membina empat stesen radar memantau keselamatan perairan Manila mencegah rompakan laut. Reuters

TOKYO – Jepun akan membina empat stesen radar pengawal keselamatan pantai di sebuah pulau, Lautan Sulu Celebes yang memisahkan Filipina dan Indonesia.

Pembangunan stesen radar itu adalah bertujuan untuk membantu Manila dalam memerangi rompakan oleh pemberontak, menurut dua sumber boleh dipercayai Reuters semalam.

Satu perjanjian untuk sokongan dana dan penyediaan latihan untuk pengawal keselamatan pantai tempatan akan ditemeterai seawal minggu depan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Manila kata sumber itu lagi.

“Lautan di kawasan itu perairan penting untuk kapal dagang belayar ke pelabuhan Jepun,” kata salah seorang individu yang mempunyai maklumat itu.

Setakat ini, sekitar 30 insiden rompakan dilaporkan pada enam bulan pertama pada tahun ini manakala daripadanya melibatkan rompakan bersenjata dan tiga anak kapal diculik dari kapal yang belayar di perairan Sulu Selebes, menurut Perjanjian Kerjasama Serantau untuk membanteras Pemajakan dan perompak Bersenjata Melawan Kapal di Asia (ReCAAPP).

Jepun difahamkan akan menyumbang dana yang diperlukan untuk pembinaan stesen radar menerusi Dana Bajet Pembangunan Luar Negara, kata sumber itu yang identitinya enggan didedahkan kepada Reuters.

“Jepun sedar akan keperluan untuk memerangi rompakan di rantau ini dan bersedia untuk membantu tetapi kita tidak boleh berbincang mengenai projek bersifat individu itu,” menurut pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Pembinaan Rada itu termasuklah pakej helikopter untuk tentera Filipina, dana projek infrastruktur seperti landasan rel dan membantu membangunkan semula Bandar Marawi Selatan yang terjejas akibat konflik selepas operasi tentera selama lima bulan terhadao puak militan Daesh.

Jepun menerusi bantuan radar merancang mengukuhkan kerjasama ekonomi dan keselamatan dengan Manila yang akan merangkumkan kuasa pertumbuhan China.

Jepun menganggap Manila sebagai kunci utama untuk membantu mengelak Beijing memperluaskan pengaruhnya ke Pasifik Barat- MalaysiaGazette