VIETNAM- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam akaun twitternya mendakwa bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memalukannya dengan memanggilnya sebagai ‘si tua’.

Menurut Trump, beliau tidak pernah menghina Jong Un sebagai ‘si kerdil dan gemuk’.

Trump membuat komen itu pada pagi Ahad selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Vietnam.

Reaksi Trump dalam twitter ke atas kenyataan pemimpin Korea Utara

Dalam twitter yang sama, beliau menegaskan, Presiden China, Xi Jinping ‘menggalakkan sekatan’ ke atas Korea Utara dalam isu ujian nuklear dan peluru berpandu.

“Kenapa Jong-un menghina saya denga memanggil sebagai ‘tua’ yang mana saya tidak pernah membuli dia sebagai kerdil dan gemuk.

“Saya berusaha keras untuk menjadi rakan baiknya dan berharap ia akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti,” kataya dalam twitter beliau.

Sehubungan itu, Trump dan Jong Un semakin tegang sejak Pyongyang menjalankan beberapa siri ujia nuklear dan peluru berpandu balistik.- MalaysiaGazette