BEIJING – Pelaburan aset tetap China berkembang perlahan pada kadar 7.3 peratus pada Januari- Oktober dan di bawah unjuran pasaran.

Undian penganalisis yang dijalankan Reuters meramalkan pelaburan berkembang 7.4 peratus.

Pelaburan aset tetap swasta tumbuh 5.8 peratus pada Januari-Oktober.

Output industri berkembang 6.2 peratus pada Oktober berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Biro Statistik Kebangsaan pada Selasa.

Jualan runcit meningkat 10 peratus pada Oktober berbanding tahun lalu, jatuh sedikit berbanding unjuran awal iaitu 10.4 peratus selepas September mencatatkan kenaikan 10.3 peratus.

Kerajaan mensasarkan pertumbuhan ekonomi tahunan sekitar 6.5 peratus tahun lepas, rendah sedikit berbanding 6.7 peratus tahun lalu.-MalaysiaGazettE

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast