Tokyo- Softbank Group Corp., Jepun berkata ia sedang mempertimbangkan hasrat untuk melabur dalam Uber Technologies Inc. bagaimanapun masih tiada perjanjian muktamad dicapai setakat ini.

“Sekiranya syarat berhubung harga dan saham minimum tidak menggembirakan Softbank Group, terdapat kemungkinan syarikat ini tidak akan membuat pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan.

SoftBank dan Dragoneer Investment Group merupakan peneraju konsortium yang merancang untuk melabur sebanyak AS$1 bilion sehingga AS$1.25 bilion dalam Uber bersama dengan pembelian sehingga 17 peratus saham sedia ada dalam satu urusniaga kedua.

Progres rundingan hadir selepas pelabur awal Uber, firma modal teroka Benchmark dan bekas Ketua Eksekutifnya, Travis Kalanick memeterai perjanjian damai terhadap terma-terma dalam rancangan pelaburan SoftBank.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast