Home Dunia Mugabe dijadikan tahanan dalam rumah

Mugabe dijadikan tahanan dalam rumah

Robert Mugabe dan Grace Mugabe

HARARE – Tentera Zimbabwe telah menahan Presiden Robert Mugabe di dalam kediamannya di ibu negara ini, kata Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma.

Mugabe memberitahu Zuma dalam panggilan telefon bahawa beliau dalam keadaan baik.

Pasukan tentera sedang mengawal ibu kota, Harare, selepas mereka merampas stesen televisyen Zimbabwe.

Tentera negara itu juga memaklumkan bahawa mereka mensasarkan “penjenayah”.

Tindakan itu disyaki satu cubaan untuk menggantikan Mugabe dengan timbalannya, Mnangagwa, yang dipecat, menurut BBC.

Mnangagwa dipecat pada minggu lalu, menguatkan lagi spekulasi bahawa kedudukan Mugabe akan diserahkan kepada isterinya, Grace Mugabe. – MalaysiaGazette