Tony Pulis. Foto www.thetimes.co.uk

LONDON – West Brom terpaksa mengambil keputusan berat apabila memecat pengurusnya, Tony Pulis selepas dua tahun bersama kelab itu.

Pulis berpindah dari Crystal Palace pada tahun 2015.

Sepanjang berada di kelab itu, Pulis hanya mampu menampilkan keputusan sederhana apabila kekal dalam Liga Perdana untuk dua musim lalu dengan kedudukan ke-14 dan kesepuluh.

Musim ini, prestasi anak buahnya semakin menurun secara mendadak manakala taktikal yang digunakan Pulis tidak digemari penyokong kelab.

Lebih malang apabila Baggies ketandusan gol kerana hanya merakamkan sembilan gol dalam 12 perlawanan dengan hanya menang dua kali.

Akhirnya, kelab terpaksa membuat keputusan mengejut memecat Pulis.

BBC Sport melaporkan, pengerusi kelab, John Williams berkata, keputusan yang diambil bukan mudah tetapi demi kepentingan kelab ia terpaksa dibuat.

“Keputusan perniagaan amat penting namun dan sejak musim lepas sehingga sekarang, ia amat mengecewakan.

“Apapun kami ingin mengucapkan penghargaan di atas sumbangan kerja keras Tony sepanjang berada di kelab.

Pembantu jurulatih, Gary Megson akan mengambil alih tugas Pulis untuk sementara waktu.

West Brom kini berada ditangga ke-17 liga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast