KUALA LUMPUR – Wakil rakyat tunggal dari Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, apa salahnya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdullah Yakub membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah berucap.
Katanya, adakah Speaker terlalu penat dengan tambahan setengah jam lagi masa bersidang sehingga persidangan ditangguhkan pada tengah hari ini.
“Apa salahnya, YB Paloh dibenarkan berucap, paling lama setengah jam. Sidang ditarik sampai petang, lalu ditangguhkan?
“Penat sangatkah speaker dengan tambahan setengah jam lagi masa bersidang? Bukankah surat panggilan bersidang untuk semua ADUN adalah tiga hari?,” soalnya dalam reaksi penangguhan sidang yang tidak mencukupi tiga hari sebagaimana dinyatakan dalam surat panggilan bersidang.
Nozula diarah keluar dewan oleh speaker berikutan keengganannya duduk setelah diarahkan tidak mengganggu penggulungan dari Exco Kerajaan Negeri.
Ketika penggulungan itu, Nozula bangun meminta kebenaran supaya speaker memberi laluan kepadanya untuk berbahas dan menggulung sebagai Ketua Pembangkang.
Bagaimanapun, Abdullah enggan memberi laluan dan mengarahkan Bentara Dewan agar membawa Nozula keluar dari dewan kerana enggan mematuhi arahannya.
Menurut Husam, atas solidariti pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) Kelantan, beliau turut memboikot penggulungan perbahasan oleh pihak kerajaan tengah hari ini.
Mengulas lanjut tindakan speaker itu, Husam yang juga ADUN Salor berkata, Abdullah yang melakukan perbuatan yang keterlaluan terhadap Nozula yang meminta untuk berbahas.
“Setiap kali bersidang, DUN Kelantan terkejar-kejar untuk bersurai,” kata Husam.
“Apa yang menyebabkan kerajaan Kelantan terburu-buru tak menentu?” soal beliau.
Katanya, DUN Pahang yang dikuasai UMNO boleh bersidang sampai tujuh hari untuk Sidang Belanjawan, tetapi mengapa Kelantan mesti hanya dua hari.
“Dari tiga hari, petangnya tidak ada sidang, masa sebenar bersidang kurang dari tiga hari. Saya yakin sidang akan ditangguhkan tengah hari ini. Petang tak ada lagi sidang,” katanya sambil menyindir Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, anggota Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pas akan mengepit beg masing-masing untuk berehat. – MalaysiaGazette
Biar tuhan balas, kata Nozula menangis
beri kat pH pulak tengok . adakah pembangkang diberi bercakap atau disuruh keluar