SHANGHAI – Saham China goyah dalam dagangan tidak menentu hari ini apabila pelabur mula melakukan penjualan besar-besaran pagi tadi sehari selepas kerajaan memperkenalkang langkah mengekang risiko kewangan.

Penanda aras saham mewah Indeks CSI300 dibuka rendah sebelum naik ke lingkungan positif dan kemudiannya menjunam rugi pada jam sekitar 0200 GMT.

Kontrak hadapan bagi bon perbendaharaan bertempoh 10 tahun untuk penghantaran Mac, CFTH8 meningkat sekitar 0.15 peratus.

Bagi pasaran tukaran asing, yuan didagangkan tinggi mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh lima minggu akibat kelemahan dolar.

Saham menjunam semalam di tengah-tengah penjualan bon dan reaksi pelabur terhadap polisi baharu kerajaan di dalam mengekang pinjaman makro serta mengetatkan regulasi perniagaan pengurusan aset.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast