Home Ekonomi AirAsia dapat Anugerah Pengiktirafan Khas

AirAsia dapat Anugerah Pengiktirafan Khas

oznor

KUALA LUMPUR – AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia selama sembilan kali berturut-turut menerima “Anugerah Pengiktirafan Khas untuk Pengendali Penerbangan” pada majlis Anugerah Pelancongan Sarawak Hornbill 2015/2016, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berterima kasih atas pengiktirafan itu, berikrar untuk bekerja lebih keras membangunkan Kuching sebagai hab serantau dan menarik lebih banyak pelancong untuk melawat Sarawak.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada Aireen.

“Tahun ini, kami telah melancarkan empat laluan baru iaitu dari Kuching ke Pontianak, Kuching ke Langkawi, Kuching ke Shenzhen dan Bintulu ke Singapura, selain peningkatan kekerapan penerbangan ke beberapa laluan utama di Sarawak.

“Penyambungan laluan ini pasti akan meningkatkan lebih banyak ketibaan pelancong, selain daripada 3 juta tetamu yang telah kami terbang setakat ini,” katanya.

Menurut Aireen, antara 2015 dan 2016, bilangan pelancong ke Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu meningkat dengan purata 290 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast