Home Nasional Malaysia Airlines batal penerbangan ke Denpasar esok

Malaysia Airlines batal penerbangan ke Denpasar esok

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines membatalkan semua penerbangannya ke Denpasar esok berikutan letusan Gunung Agung di Bali.

Dalam kenyataannya, Malaysia Airlines berkata, semua penumpangnya layak menerima bayaran penuh untuk semua tiket bagi penerbangan antara 27 November dan 11 Disember 2017.

Tiket-tiket berkenaan perlu dikemukakan untuk bayaran balik pada 11 Disember ini.

Para penumpang juga boleh memilih untuk menukar destinasi atau menangguhkan perjalanan mereka ke tarikh yang akan datang sehingga 28 Februari tahun depan tertakluk kepada ketersediaan dan perbezaan tambang.

Penumpang yang memilih untuk menangguhkan perjalanan mereka juga perlu melengkapkan perjalanan mereka pada 28 Februari 2018.

Malaysia Airlines berkata, syarikat itu akan terus memantau keadaan dan akan meneruskan penerbangan ke laluan Denpasar sebaik sahaja menerima pengesahan cuaca baik.

Ia akan menyediakan maklumat terkini melalui perkhidmatan pesanan ringkas, laman sesawang, juga media sosial.

Para pelanggan boleh menghubungi talian 1 300 88 3000 (Malaysia), +603 7843 3000 (luar Malaysia) atau +62 855 7467 0390 (Indonesia) untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette