Home Ekonomi AirAsia batal penerbangan ke Bali

AirAsia batal penerbangan ke Bali

KUALA LUMPUR – AirAsia dan AirAsia X membatalkan semua penerbangannya ke Bali berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ekoran letusan Gunung Agung.

Pembatalan penerbangan AirAsia dan AirAsia X sehingga notis selanjutnya diumumkan.

Dalam kenyataannya, kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah itu juga membatalkan dua penerbangan Kuala Lumpur-Kolkata pada hari ini dan Kolkata-Kuala Lumpur pada hari esok.

Penerbangan AK308 Kuala Lumpur ke Lombok pada 08:35 HRS LT (GMT +8) telah memulakan operasi seperti biasa.

Bagaimanapun, penerbangan malam dari dan ke Lombok (penerbangan AK306 & AK307) tetap dibatalkan. – MalaysiaGazette