Abang Johari Tun Abang Openg

KUALA LUMPUR – Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini menafikan Datuk Abang Johari Abang Openg ada mengeluarkan kenyataan mahu membubarkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Pejabat ini mengesahkan Ketua Menteri Sarawak tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian,” ujar satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ia merupakan berita palsu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum itu, tular di satu portal kononnya menyiarkan kenyataan Abang Johari yang menegaskan mahu membubarkan BN di bumi Sarawak dan seterusnya akan menubuhkan kerajaan negara Sarawak yang baharu.

Ia kononnya ekoran rasa tidak puashati berkaitan dengan dokumen perjanjian Malaysia 1963.- MalaysiaGazete