Tan Sri Dzulkifli Ahmad

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini menegaskan bahawa suruhanjaya itu tidak pernah menerima sebarang tekanan politik termasuk arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun barisan kabinet beliau berhubung siasatan yang dijalankan.

Sambil menafikan tuduhan kononnya SPRM dikongkong dan terpaksa mengikut telunjuk pemimpin negara, beliau berkata perdana menteri sebaliknya memberi kuasa penuh kepada suruhanjaya itu untuk menyiasat sesiapa sahaja.

“Tidak pernah sama sekali perdana menteri memberi apa-apa arahan supaya tidak mengambil tindakan atau ambil tindakan terhadap mana-mana pihak… tiada pengaruh luar dan tidak pernah ada menteri yang beri tekanan untuk tolong individu tertentu.

“Malah, perdana menteri memberi SPRM kuasa sepenuhnya untuk mengambil tindakan terhadap siapa sahaja yang kami fikirkan perlu disiasat dan diambil tindakan. Kami di SPRM akan pastikan (mereka) yang khianati rakyat akan diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau memberitahu demikian semasa menjawab soalan dalam sesi ?Rasional Memerangi Rasuah’ pada Sidang Kemuncak Pemerkasaan Milenia (MES) 2017 anjuran Biro Pelajar Luar Negara (BPLN) UMNO di sini, hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast