Home Nasional Koperal minta rasuah ditahan SPRM

Koperal minta rasuah ditahan SPRM

SPRM Jabatan Perangkaan
Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) telah menganjurkan bengkel Pengukuran Rasuah melalui Kaedah Berasaskan Bukti bersama Jabatan Perangkaan dengan input pakar dari Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di sini baru-baru ini.- Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor telah menahan seorang anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai kerana disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang guru agama.

Suspek seorang lelaki berusia 49 tahun ditangkap di Pusat Membaiki & Service Kereta RMB Workshop kira-kira pukul 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Susulan tangkapan tersebut, pasukan penyiasat telah menjalankan penggeledahan di dua lokasi berasingan di negeri ini dan menyita akaun bank serta beberapa dokumen berkaitan kes.

Hasil siasatan yang dijalankan, suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM 3,000 daripada pengadu untuk tujuan menyelesaikan siasatan berhubung satu kes dadah oleh Bahagian Narkotik IPD Kulai yang melibatkan pengadu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a)Akta SPRM 2009 yang mana boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai rasuah atau RM 10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette