Home Dunia Rakyat Jordan gesa boikot AS

Rakyat Jordan gesa boikot AS

AMMAN- Penunjuk perasaan bertindak membakar bendera Amerika Syarikat (AS) dan gambar presiden negara itu, Donald Trump ketika membuat demonstrasi bantahan berhampiran kedutaan AS di sini

Mereka mengutuk pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Agensi berita melaporkan, beratus-ratus penduduk menyertai bantahan di kejiranan Abdoun di barat ibu kota itu sambil melaungkan slogan mengutuk Trump dan Israel dengan mengibarkan bendera Jordan dan Palestin.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh kenderaan polis perusuh mengepung perkarangan kedutaan sebagai kawalan untuk menghalang penunjuk perasaan.

“Tiada kedutaan AS di bumi Jordan,” teriak mereka dan mendakwa AS ‘sumber keganasan’ di dunia. Mereka juga melaungkan ‘Mati Israel.’

Penunjuk perasaan berdiri pada jarak 50 meter sambil menggesa pihak berkuasa Jordan menutup kedutaan AS dan mengusir dutanya.

Bantahan yang sama juga diadakan di universiti seluruh Jordan dengan pelajar menggesa boikot AS dilakukan.

Mereka menggesa Jordan, sekutu rapat AS supaya membatalkan perjanjian damai 1994 dengan Israel. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast