Dr. Aini Ideris (dua kiri) melancarkan buku Panduan Kosa Kata BM sekolah Tamil bersama Prof. Rajendran (tengah) dan Profesor Madya Dr. Vijayaletchumy di UPM hari ini.

SERDANG – Buku panduan kosa kata Bahasa Melayu dilancarkan hari ini bagi meningkatkan restasi subjek Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah Tamil.

Sebagai permulaan, sebanyak 200 naskah buku yang mempunyai lebih 200 muka surat sedang melalui proses percubaan di 194 buah sekolah Tamil seluruh negara.

Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam berkata,

Katanya, pelancaran buku kosa kata Bahasa Melayu 2017 itu merupakan lanjutan daripada Program Guru Celik Bahasa Kebangsaan 2015/2016.

Ia melibatkan sekolah Tamil di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan.

“Pelajar sekolah vernakular khususnya sekolah Tamil tidak mampu berbahasa Melayu dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kian merosot dalam jangka masa lima¬† tahun walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

“Maka kajian rintis dijalankan dalam kalangan 1,500 murid cemerlang dari sekolah Tamil di Selangor juga dari tahun 2010 hingga 2015 untuk mengenalpasti punca kemerosotan UPSR.

“Hasil kajian mendapati majoriti¬†para murid mencapai kurang daripada 40 peratus penguasaan dalam Bahasa Melayu, sekali gus membuktikan kekurangan transformasi ilmu, dan sudah pasti kekurangan guru bahasa Melayu menurunkan ilmu kepada murid juga diteliti,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas majlis pelancarannya di sini.

Buku itu dilancarkan oleh Naib Canselor UPM, Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris yang merangkumi lima naskah iaitu untuk murid tahun 1,3,4,5 dan tahun 6 sekolah Tamil.

Tambahnya, 100 orang guru bukan opsyen Bahasa Melayu dari sekolah Tamil turut diuji pada 2014 hingga 2015 mengenai kesalahan yang dilakukan murid dan kajian membuktikan majoriti guru mencapai kurang daripada peratus kelulusan dan wujud keperluan memperkasa sistem pemahaman dan pengajaran Bahasa Melayu.

Justeru katanya, kajian itu memantau guru dan pelajar berdasarkan enam perkara iaitu kesalahan tatabahasa, pembelajaran dan pengajaran guru melalui Google, pemindahan maklumat bertujuan memantapkan penguasaan Bahasa Melayu termasuk tatabahasa fonologi, morfologi dan sintaksis.

“Masalah kekurangan buku panduan untuk guru-guru sekolah Tamil di pasaran mecetuskan idea saya menghasilkan buku panduan BM ini yang mana selepas tempoh percubaan sepanjang 2018 ia akan diedarkan kepada murid dan guru sekolah Tamil.

“Sepanjang proses percubaan kami akan melihat hasil penerimaan buku kosa kata itu dan sejauh mana ia memberi kesan penguasaan BM dan kemudian akan dicetak untuk dimiliki setiap murid di sekolah nanti.

“Manakala kajian berkenaan juga akan diperluaskan di tiga lagi negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan Pahang bermula Januari 2018 dengan dana yang telah diumumkan restasi subjek Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah Tamil (SEDIC),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah SEDIC, Profesor Datuk Dr. N.S Rajendran yang hadir sebagai tetamu kehormat berkata, pihaknya akan menyediakan dana kepada pertubuhan yang diuruskan Dr. Vijayaletchumy untuk meneruskan kajian sama ke negeri-negeri lain. – MalaysiaGazette