Home Nasional Permohonan permit pembantu rumah mulai 1 Januari ini

Permohonan permit pembantu rumah mulai 1 Januari ini

Mustafar Ali

PUTRAJAYA – Majikan boleh membuat permohonan mendapatkan permit khas pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen melalui atas talian mulai 1 Januari tahun depan.

Permohonan secara terus dan tanpa melalui ejen atau orang tengah itu dijangka mengambil masa antara tujuh dan 16 hari.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pendekatan itu membolehkan majikan mengambil pembantu rumah secara sendiri tanpa melalui orang tengah atau ejen.

Dengan kaedah itu, majikan hanya perlu membayar antara RM3,500 dan RM4,000, jauh lebih murah berbanding sebelum ini antara RM12,000 hingga RM18,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast