Jurgen Klopp.

ENGLAND – Jurgen Klopp menegaskan masa terbaik untuk menamatkan tugas di Anfield hanya selepas menjulang piala.

Pengurus Liverpool warga Jerman itu masih belum menjulang sebarang piala bersama the Kops sejak dua musim lalu.

Menjelang pertemuan Liverpool dengan Arsenal malamĀ ini, beliau disoal sama ada akan mengikut jejak Arsene Wenger yang meneruskan legasi bersama the Gunners selama lebih 23 tahun.

“Tinggal di sini (Liverpool) lebih 20 tahun? Saya tidak pasti.

“Setakat ini selepas tujuh tahun (termasuk dua kelab sebelum ini), saya merasakan perlu mencari peluang baharu.

“Beberapa minggu lalu, saya telah meneliti statistik jurulatih paling lama berkhidmat dalam Bundesliga dan rupa-rupanya sayalah pemegang rekod itu bersama Mainz dan Dortmund,” katanya.

Klopp berkata, buat masa sekarang beliau tidak mempunyai hasrat untuk meninggalkan Anfield.

“Adalah sukar untuk mencatat rekod jurulatih paling lama berkhidmat di Liverpool, saya tidak pasti.

“Jika segala strategi berkesan seperti yang dirancang, ia bermakna terdapat ruang untuk penambahbaikan.

“Jika kamu menang sesuatu yang didahagakan begitu lama, maka kamu boleh merasakan sudah tiba masanya untuk berundur,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette