Seorang pengarah syarikat kejuruteraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik seorang ahli perniagaan berhubung pembelian saham syarikat bernilai lebih RM900,00 tiga tahun lalu.

PARIT – Baru-baru ini tular di laman sosial tindakan seorang buruh memberikan sekeping video cakera padat lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh kepada ibu tunggal.

Tindakan Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin ternyata mengundang padah apabila dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengaibkan kehormatan seorang.

Tertuduh, berusia 32 tahun dari Kampung Bakong, Lambor Kiri, Bota dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohd Fitri Sadarudin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Megat Amir Asrul melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Bakong, Mukim Lambor Kiri, Bota pada jam 7.15 pagi, Jumaat yang lalu. -MalaysiaGazette