KUALA LUMPUR – Pelakon Fizo Omar akhirnya bergelar bapa apabila isterinya, Mawar Abdul Karim selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur di sini, petang semalam.

Mawar, 28, yang juga pengasas tudung Fareeda itu melahirkan bayi berkenaan secara pembedahan dengan berat 2.78 kilogram.

“Alhamdulillah, Syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan kami pada pukul 4.01 petang tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” tulisnya yang berkongsi kegembiraan itu di laman sosial Instragram milik.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar, 28, pada 10 November 2013.

Pasangan ini mendapatkan rawatan kesuburan pada 6 Januari tahun lalu selepas berkahwin lebih daripada dua tahun. – MalaysiaGazette